Majlis Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) dan Advokasi KDB
29 Oktober 2017 | Aktiviti TerkiniPada 28 Oktober 2017 , telah berlangsung Majlis Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) dan Advokasi KDB. Majlis ini diadakan di PI Batas Lintang. Program ini berlangsung bermula jam 9.00 pagi sehingga 1.00 Petang. Program ini mendapat kerjasama dari pihak KEMAS. Disamping itu, terdapat juga aktiviti yang dijalankan oleh pihak KEMAS iaitu pertandingan masakan sandwich, sambal belacan dan aktiviti kanak-kanak.
Majlis ini mendapat kunjungan oleh YB NurulHisham Yaakob Adun Simpang Empat Perlis. Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PI dengan komuniti, dapat memperkenalkan PI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PI sediakan. Memberi pendedahan tentang Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: